MyHeritage: Family trees – Genealogy – Celebrities – Collage – Morph
Saya sokong KEMPEN HARI TANPA BEG PLASTIK December 14, 2010
Assalamualaikum
Saya fikir ramai yang sudah maklum mengenai kempen hari tanpa beg plastik yang diadakan pada hari Sabtu di kebanyakan negeri di Malaysia. Negeri pahang contohnya telah memulakan kempen tersebut pada 23/07/10 yang lalu. Namun ianya telah mula diadakan di Malaysia sejak tahun 2009 lagi.
Ketika pertama kali melihat banner kempen tersebut hati saya berbunga-bunga dan kegembiraan melihat sudah ada pihak yang terbuka mata untuk menjayakan kempen seumpama ini. Sebelum ini telah banyak kempen penggunaan beg hijau di adakan seperti dalam entry saya yang lepas (Beg Hijau), namun kempen ini lebih memberi kesan kerana mahu atau tidak pengguna terpaksa terlibat dengan kempen ini jika membeli barang pada hari Sabtu. Ya, buat setakat ini ia hanya diadakan pada hari Sabtu di negeri Pahang. Satu permulaan yang sangat baik. Kerana bagi saya proses mendidik masyarakat ini yang lebih penting. Mungkin ia memakan masa agak lama untuk melahirkan masyarakat yang benar-benar faham akan kepentingan perkara ini. Contohnya ada sebuat negara (tak ingat negara ape) yang mengambil masa 25 tahun untuk mendidik masyarakatnya supaya tidak membuang sampah merata-rata.
Jika ingin mendapatkan beg plastik pada hari Sabtu, pengguna perlu membayar RM0.20 bagi setiap satu beg plastik. Murahnya! berkesan ke kempen dengan harga semurah itu. Seperti yang saya cakap tadi proses mendidik itu sangat penting dan mungkin kita berfikir kayalah tokeh kedai tu dengan jual beg plastik je… Tapi pada pendapat saya buat permulaan harga ini memadai. Namun pada masa akan datang ia mungkin boleh dinaikkan lagi apabila sudah terbit kesedaran pada sebahagian masyarakat. Bagi yang bujang atau bekeluarga kecil mungkin ia tak memberi kesan, namun bagi yang berkeluarga besar ia sangat memberi kesan kerana sekali shopping bukan satu dua beg plastik yang diperlukan, lebih daripada itu kerana selalunya kita akan shopping stok untuk seminggu ataupun untuk sebualan.
Selain daripada itu, jika tak mahu membayar untuk beg plastik, letak sahaja barang-barang dalam trolley tu, bila sampai kat kereta susun je dalam bonet, ataupun bawa beg plastik sendiri/beg hijau dari rumah. Saya pon kadang2 terlupa juga nak bawa beg plastik bila shopping hari sabtu ni. So sumbat je semua kat stroller anak, nasib baik beli stroller yang ade tempat barang yang besar.
Sebagai pengguna bijak saya menyeru semua rakyat Malaysia di luar sana untuk menyokong kempen ini walau sesikit mana pun barang yang dibeli. Inilah masanya untuk kita memberi sumbangan terhadap alam sekitar, kerana ianya salah satu amanah kita dan jangan biar anak cucu kita mewarisi dunia yang tercemar dek sikap malas dan tidak endah kita. Go GREEN!
Ulang Tahun Perkahwinan ke-3 September 2, 2010
Assalamualaikum
Alhamdulillah pada 1/09/10 bersamaan 22 Ramadhan yang lalu genap 3 tahun usia perkahwinan aku dan suami. Dengan adanya permata ayahbonda , afnan dan aufa makin menceriakan lagi keluarga kami. Juga makin menguji kesabaran kami dalam mendidik anak-anak. Moga ikatan kasih-sayang yang terbina ini akan terus berkekalan bukan hanya di sini, bahkan terus hingga ke syurga. Terima kasih atas segala kasih sayang, perhatian, kesabaran dan juga pengor banan yang diberikan ABANG. Moga ALLAH sentiasa merahmati kita. Bersama membina baitul dakwah…
DUDUK & MAKAN August 12, 2010
Assalamualaikum
GAmbar-gambar Wan Afnan di hari pertama makan solid food dan gambar-gambar Aufa beraksi.
Ramadhan Dua Zaman August 12, 2010
Assalamualaikum
Suka sangat lagu ni. Mase kecil dulu ade beli kaset dia, tapi dah hilang. Akhirnya jumpa semula lagu ni dalam youtube.
Artis: The Zikr
Ramadan
Satu nasib tak serupa
Peluangnya sama, natijah berbeza
Ramadhan mereka
Gemilang cemerlang, mukmin berjasa
Di awal zaman
Ramadhan kami, malam terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman
Mereka gembira kerana kedatanganmu
Kami gembira dengan pemergiannmu
Malam mereka meriah disimbah Nur Al-Quran
Tapi malam kami pulang bertemu dangdut
Mereka berlumba mengejar ruang-ruang
Tapi kami, lesu diburu nafsu
Hati mereka,bercahaya digilap taqwa
Jiwa kami gelap didera dosa
Takbir mereka, takbir kemenangan
hadiah mujahadah..sebulan Ramadan
Takbir kami, lesu tak bermaya
adakala lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga
HARAPAN RAMADHAN August 11, 2010
Harapan Ramadhan (Raihan & Man Bai)
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua
6 Bulan August 10, 2010
Assalamualaikum
Alhamdulillah…anak-anak dah berumur 6 bulan. Mereka sudah pandai merangkak dan semakin bijak. Selain itu, sudah mula memakan makanan pepejal dan sedang berlatih untuk duduk dan memanjat. Semoga Ramadhan yang bakal tiba menjadikan aku & suami lebih tabah dan sabar dalam mendidik anak-anak kami.
Mendorong Individuality Dalam Kanak-kanak Kembar ~part I~ June 30, 2010
Assalamualaikum
Bagaimanakah watak persendirian anak kembar boleh didorong, dan apa yang ibu bapa boleh lakukan untuk membantu membinanya? 10 cara mendorong individuality dalam kanak-kanak kembar akan saya kongsikan.Ini bagi membantu ibu bapa melayan anak kembar seperti individu dan membantu orang lain mengelak melihat mereka sebagai satu pakej. Bagi entry kali ini saya akan kongsikan 5 cara terlebih dahulu.
Raising Twin! June 14, 2010
Assalamualaikum
“Macam mana nak bezakan mereka?” itu soalan lazim yang aku dan suami terima berkenaan anak kembar kami. Bagaimana ye? Hmmm…hanya jauhari yang meneganl manikam, jadi sudah pasti ummi dan abi kenal anak-anak mereka. Ya, Afnan bentuk kepalanya panjang (bujur), tapi dah tak nampak sebab Afnan dah tembom macam kuih bom…hehe. Aufa pula bentuk kepalanya bulat dan lebih manis. Afnan agak serius tapi sangat suka membaca buku macam abi… Selain itu, Afnan ada 2 tanda dibelakang kepalanya dan Aufa ada 1 sahaja tanda dibelakang kepala, tapi tanda-tanda tersebut semakin pudar.
Menjadi seorang ibu amat seronok walaupun penat menjaga anak-anak. Walaupun penat, tapi pabila si kembar senyum dan beraksi, hehe cair lentok ummi dibuatnya. Hilang penat dan rasa terus diberi kekuatan untuk terus menjadi seorang ibu. Hehe rase macam nak anak lagi!
Saya nak share skit bagaimana kami menguruskan mereka pada entry kali ini. (more…)



Sekian 






