Nurul.W

Just another WordPress.com weblog

Fingerprint recognition June 27, 2008

Filed under: General — nwarshad @ 1:10 am

Assalamualaikum…

Lagi beberapa hari lagi dah nak masuk bulan 7. Tapi programming saya masih tiada satu pon yg success lagi..terasa hampir putus asa juga rasanye… namun kugagahi juga diri ini untuk terus berusaha, kena siapkan juga sebelom pertengahan ogos. Sistem ni menggunakan Gabor Filter, untuk menghasilkan FingerCode. FingerCode inilah yg akan digunakan untuk proses recognition. Namun fasa pertama programmingku ini masih belom berjaya iaitu core point detection & ROI. Ni dah bosan mengadap Matlab seharian……….

Nilah yang aku dapat, saya perlu mendapatkan core point yang bewarna merah. Huhu..ni baru sikit, go go go…mesti pantas!!! Timeline yg saya buat sebelum cuti ester yang lalu dah tak boleh pakai, jadi setelah menimbangkan masa yang ada, sepatutnya saya mesti menyiapkan fasa yang pertama sebelum Isnin minggu hadapan. Moga dalam baki 2,3 hari yang ada ini saya mampu menyiapkannya. Ok stop right now, switch back to MAtlab!

 

Brancepeth’s Menu… June 25, 2008

Filed under: General — nwarshad @ 11:56 pm

Brancepeth’s Menu: Tomyam, buah melaka, cucur udang & kuah satay, karipap pusing, nasi ayam bakar, mee rebus mamak…nyum-nyum…alhamdulillah atas rezeki yang dikurniakan.

 

Anak June 17, 2008

Filed under: General — nwarshad @ 7:54 am

Yeahhh…exam dah habis. Minggu depan result dah nak kuar, huh berdebar. Alhamdulillah, saya telah bersusaha, moga ALLAH memberikan apa yang terbaik untukku. Selepas exam sepagi masa diluangkan berchatting dengan seorang sahabiah lama. Rindu sungguh dengan memori silam…banyak perkara yang dibincangkan, itulah bila minda digerakkan banyk manfaat yg boleh diberikan.

Sahabiah saya ni baru sahaja menerima cahaya mata sulungnya. Ramai juga sahabat-sahabatku yang baru bergelar ibu dan ayah. Bagi meraikan mereka, saya mahu berkongsi sesuatu mengenai ayat-ayat al-Quran yang mengandungi doa mengenai anak-anak. Banyak juga, ini antara yg ditemui.

(more…)

 

Dipermudahkan segala urusan June 2, 2008

Filed under: Doa — nwarshad @ 10:45 am

Alhamdulillah, esok last paper. Tak sabar-sabar rasanya nak menghabiskan. Tapi kenapalah malas sangat nak study ni. Inilah manusia, bila tak cukup masa, macam-macam alasan diberi. Bila ada masa senggang yang lama antara satu exam ke satu exam, kemalasan pula melanda disebabkan banyak masa. Teringat tentang 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara. Salah satu daripadanya ialah, masa lapang sebelum masa sibuk. Kan payah bila masa sibuk, barulah kita terkial-kial nak buat semua perkara.

Dikala ini juga ada beberapa orang sahabat saya yang sedang dalam kedukaan dek ujian yang melanda hidup. Jadi dalam posting ni nak share satu doa yang telah menjadi “assignment” saya. (Huhu..suami yang bagi assignment ni). Semoga segala urusan sahabat-sahabiah serta saya dan keluarga dipermudahkan. Ameen.