Nurul.W

Just another WordPress.com weblog

Anak June 17, 2008

Filed under: General — nwarshad @ 7:54 am

Yeahhh…exam dah habis. Minggu depan result dah nak kuar, huh berdebar. Alhamdulillah, saya telah bersusaha, moga ALLAH memberikan apa yang terbaik untukku. Selepas exam sepagi masa diluangkan berchatting dengan seorang sahabiah lama. Rindu sungguh dengan memori silam…banyak perkara yang dibincangkan, itulah bila minda digerakkan banyk manfaat yg boleh diberikan.

Sahabiah saya ni baru sahaja menerima cahaya mata sulungnya. Ramai juga sahabat-sahabatku yang baru bergelar ibu dan ayah. Bagi meraikan mereka, saya mahu berkongsi sesuatu mengenai ayat-ayat al-Quran yang mengandungi doa mengenai anak-anak. Banyak juga, ini antara yg ditemui.

Dan orang-orang yang berkata, “ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa. (al-Furqan:74)

Di sanalah Zakariyya berdoa kepada Tuhannya. Dia berkata, “Ya Tuhanku, berilah aku keturunan yang baik dari sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa.” (Ali-Imran:38 )

Dan (ingatlah kisah) Zakariyya, ketika dia berdoa kepada Tuhannya, “Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku hidup seorang diri (tanpa keturunan) dan Engkaulah Ahli waris yang terbaik” (al-Anbiya’:89)

(Ingatlah), ketika isteri ‘Imran berkata, “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku bernazar kepadaMu, apa (janin) yang dalam kandunganku (kelak) menjadi hamba yang mengabdi (kepadaMu), maka terimalah (nazar itu) dariku. Sungguh Engkaulah Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui.” (Ali-Imran:35)

Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap melaksanakan shalat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku. (Ibrahim:40)

Dan (ingatlah), katika Ibrahim berdoa, “Ya Tuhan, jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku agar tidak menyembah berhala”. (Ibrahim:35)

Semoga kalian semua dikurniakan anak-anak yang soleh & solehah. Doakan juga saya agar mempunyai rezeki seperti kalian. Sesungguhnya Rasullullah berbangga dengan umatnya yang ramai.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s