Nurul.W

Just another WordPress.com weblog

Fingerprint Recognition – The System August 21, 2008

Filed under: Uncategorized — nwarshad @ 10:35 am

Incorrect result

 

Baba Ali Video August 15, 2008

Filed under: Agama,General,Islam — nwarshad @ 11:26 am

Hey sisters and brothers, That’s not Hijab!!!

 

IEEE…tahniah August 14, 2008

Filed under: General — nwarshad @ 7:19 pm

Tahniah kepada suami tersayang. Terima kasih atas sumber motivasi ini. Teringat kata-kata Prof. Majid ketika di UCL, “you both are build your future”. Selamat maju jaya suamiku…

 

Corak Jari Anda August 13, 2008

Filed under: General,Sains — nwarshad @ 7:42 am

Tahukah anda bahawa cap jari manusia mempunyai bermacam-macam jenis corak. Walaupun terdapat berbilion manusia di bumi, tetapi cuma terdapat 6 sahaja corak/kelas cap jari. Namun ada sesetengah kajian menyatakan terdapat 5 kelas cap jari. Cuba banyangkan bagaimana untuk membezakan berbilion manusia melalui 6 kelas cap jari ini, SUBHANALLAH… betapa besarnya ciptaan ALLAH s.w.t, walaupun hanya terdapat 6 kelas cap jari, tetapi ia merupakan simbol pengesahan identiti seseorang individu. Cap jari adalah unik, walaupun anda adalah kembar seiras. Enam kelas cap cari tersbut adalah:

6 kelas cap jari

5 kelas cap jari

(more…)

 

Bulan terakhir pengajian… August 9, 2008

Filed under: General — nwarshad @ 4:18 pm

Alhamdulillah, telah 10 bulan lebih aku berada di sini. Syukur atas nikmat dan rezeki belajar yang diberikan oleh ALLAH s.w.t. Aku bukan seorang yang cerdik dan pandai. Namun semacam ada satu daya yang menggerakkan diriku untuk terus belajar. Aku sendiri tidak menyangka bahawa aku akan mampu sampai ke tahap ini, sesungguhnya tiada daya diri ini menghadapi suka duka di perantauan melainkan atas kekuatan yang dikurniakanNya. Bulan ini bulan terakhir pengajian, moga aku terus diberi kekuatan untuk menghabiskan saki baki pengajian yang ada. Di saat akhir pengajian ini, terkenang hari-hari yang berlalu yang membawaku ke hari ini.

(more…)

 

I’ve Seen August 1, 2008

Filed under: General — nwarshad @ 9:54 pm

Ketika kami ke London beberapa minggu yang lalu, terasa sangat seronok sekalai kerana pada waktu yang sama, diadakan Islam Expo 2008. Teruja rasanya untuk pergi melihat umat Islam dari pelbagai negara & budaya. Namun tak sempat untuk meluangkan masa yang panjang di sana kerana kekangan waktu yang ada. Sempat bersembang-sembang dan berkenalan dengan petugas-petugas gerai dari Human Relief Foundation. Katanya mereka mencari-cari peluang untuk membuka cawangan di Malaysia. Antara aktiviti mereka adalah mengutip zakat dan sedekah daripada umat Islam dan dislaurkan kepada negara-negara yang memerlukan. Juga menjalankan ibadah korban dan daging tersebut diagihkan kepada umat Islam di negara yang susah atau dalam krisis. Di sini kami mendengar sedikit kisah tentang Dr Jamilah, Mercy Malaysia. Katanya Dr Jamilah sangat terkenal dan mereka sangat kagum dengan Dr jamilah, terutamanya selepas peristiwa Dr Jamilah terkena tembakan semasa sedang menjalankan misinya. Dr Jamilah dan Mercy Malaysia diceritakan sangat disegani oleh mereka.

Pada malamnya pula sempat melihat konsert Expo Islam 2008, walaupun kami hanya sampai disana pada jam 10.00mlm dan konsert habis pada jam 11.00mlm. Agak terkejut, tak sama dengan budaya di Malaysia apabila kita melihat konsert yang Islamik, hingga tak jelas apa lagu-lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi jemputan. Sorakan dan teriakan mengiringi lagu-lagu tersebut. Apabila pulang, saya cuba mendengar semula antara lagu-lagu yang dinyanyikan, wahh…sungguh bagus isinya. Tapi kenapa lagak sesetengah penonton pada malam itu ada yang tidak mencerminkan lagu tersebut. Di sini saya mahu kongsikan sebuah lagu yang dinyanyikan pada konsert tersebut oleh kumpulan Outlandish (Sami Yusuf tak datang malam tu).

(more…)

 

Wahai pemakai tudung kepala…

Filed under: General — nwarshad @ 8:51 pm

Sudah lama hati ini mahu menulis tentang perkara tudung ni. Telah lama juga hati ini sayu melihat bagaimana cara pemakaian tudung hari ini. Nanti di akhir tulisan ini akan saya ulang tayangkan satu video¬† yang berkaitan dengan tudung ni. Begitu juga hati ini telah lama tidak puas hati dengan pihak-pihak yang membuat tudung yang tidak mengikut landasan Islam ni (fesyen je lebihh..erm). Jika dilihat sekarang ini, terdapat macam-macam fesyen tudung, dari yang kecik hinggalah yg besar. Dari yang jarang hinggalah yang tebal. Dari yang kosong hinggalah berambu-rambu, berkelip-kelip, berkerawang-kerawang dan macam-macam lagi. Yang menyedihkan, tudung yag besar, tetapi jarang, apa hal ni…¬† Pakai tudung besar dah ok dah…tapi nampak pulak bayang-bayang tengkuk da…. Sebenarnya, pemakaian tudung ini bukanlah perlu hingga sebesar-besarnya, apa yang penting mengikut syara’ seperti dalam surah An-Nur yang mana tafsir seperti berikut :

“Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung hingga ke dadanya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau para perempuan (sesama Islam) mereka, atau hamba sahaya yang mereka miliki, atau para laki-laki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamusemua kepada Allah. wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung.” (An-Nur, 31)

Sangatlah jelas firman ALLAH di atas, para wanita wajib memakai tudung hingga menutup dadanya. Bukan pakai tudung tutup tengkuk je cek oiii…. Dalam ayat ini juga dijelaskan juga kepada siapa sahaja aurat seorang wanita Islam boleh didedahkan. Jelas bukan! Perlu diingat, abang ipar adalah bukan mahram, maka wajib memakai tudung apabila ada ipar-duai bersama, walaupun ianya di dalam rumah kita.

(more…)