Nurul.W

Just another WordPress.com weblog

Wahai pemakai tudung kepala… August 1, 2008

Filed under: General — nwarshad @ 8:51 pm

Sudah lama hati ini mahu menulis tentang perkara tudung ni. Telah lama juga hati ini sayu melihat bagaimana cara pemakaian tudung hari ini. Nanti di akhir tulisan ini akan saya ulang tayangkan satu video  yang berkaitan dengan tudung ni. Begitu juga hati ini telah lama tidak puas hati dengan pihak-pihak yang membuat tudung yang tidak mengikut landasan Islam ni (fesyen je lebihh..erm). Jika dilihat sekarang ini, terdapat macam-macam fesyen tudung, dari yang kecik hinggalah yg besar. Dari yang jarang hinggalah yang tebal. Dari yang kosong hinggalah berambu-rambu, berkelip-kelip, berkerawang-kerawang dan macam-macam lagi. Yang menyedihkan, tudung yag besar, tetapi jarang, apa hal ni…  Pakai tudung besar dah ok dah…tapi nampak pulak bayang-bayang tengkuk da…. Sebenarnya, pemakaian tudung ini bukanlah perlu hingga sebesar-besarnya, apa yang penting mengikut syara’ seperti dalam surah An-Nur yang mana tafsir seperti berikut :

“Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung hingga ke dadanya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau para perempuan (sesama Islam) mereka, atau hamba sahaya yang mereka miliki, atau para laki-laki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamusemua kepada Allah. wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung.” (An-Nur, 31)

Sangatlah jelas firman ALLAH di atas, para wanita wajib memakai tudung hingga menutup dadanya. Bukan pakai tudung tutup tengkuk je cek oiii…. Dalam ayat ini juga dijelaskan juga kepada siapa sahaja aurat seorang wanita Islam boleh didedahkan. Jelas bukan! Perlu diingat, abang ipar adalah bukan mahram, maka wajib memakai tudung apabila ada ipar-duai bersama, walaupun ianya di dalam rumah kita.

Saya ingin mencadangkan kepada semua wanita Islam yang amat berminat dengan tudung bawal yang saya rasa kejarangannya teserlah (kain nipis, mahal pulak tu… batu je lebih) supaya memebeli sehelai skaf yang menutupi rambut hingga ke tengkuk. Maka ia membantu untuk melindungi tengkuk daripada terlihat. Tak mahal, hari tu saya beli kat Jalan TAR RM3.00 je..pandai tawar dan beli banyak, boleh murah lagi ni, tapi tak tau la sekarang ni, harga minyak dah mahal kan… Di sini saya letakkan gambar contohnya, disebabkan takde model, terpaksalah teadybear yang comel ni menjadi model. Kainnya juga tidak tebal, kain kapas, ada pelbagai warna.  Masa mula-mula pakai tu mungkinlah rimas skit, tapi lama-lama dan niat betul, InsyaALLAH akan rasa selesa.

Front view

Back view

Ini baru memakai tudung di luar solat, belom lagi di dalam solat. Ramai juga yang dilihat memakai telekong ketika bersolat, tetapi telekongnya jarang. Waduh…sedangkan pemakaian tudung amat ditekankan oleh Islam, mana mungkin waktu solat kita dibolehkan pula untuk pakai telekong yang jarang atau tudung yang jarang (bagi yang solat tak pakai telekung). Jadi tolong perhati juga apabila kita memakai telekung, bukan perati sorang-sorang, tapi minta tolong kawan/suami/ibu/ahli keluarga juga untuk tengok. Sebab kadang-kadang kita tak perasan benda tu. Oh ya, bahagian tangan jangan lupa tau, pakailah baju lengan pjg kalau nak solat jika telekung anda tu jarang. Kalau malas, beli telekung yang tebal-tebal. Tapi saya memang tahu, susahnya nak cari telekung tebal sekarang ni, renda-renda je yang tebal.

Oklah, mesej saya jelas di sini. Saya menyeru wahai semua pemakai tudung (wanita Islam), kita rasa kita bertudung tu dah ikut Islam, tapi adakah tudung yang dipakai tu benar-benar mengikut apa yang digariskan oleh Islam??? Fikir-fikrkanlah sendiri. Tolong betulkan jika ada tersalah. Tegur itu tanda sayang…

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s