Nurul.W

Just another WordPress.com weblog

Bulan terakhir pengajian… August 9, 2008

Filed under: General — nwarshad @ 4:18 pm

Alhamdulillah, telah 10 bulan lebih aku berada di sini. Syukur atas nikmat dan rezeki belajar yang diberikan oleh ALLAH s.w.t. Aku bukan seorang yang cerdik dan pandai. Namun semacam ada satu daya yang menggerakkan diriku untuk terus belajar. Aku sendiri tidak menyangka bahawa aku akan mampu sampai ke tahap ini, sesungguhnya tiada daya diri ini menghadapi suka duka di perantauan melainkan atas kekuatan yang dikurniakanNya. Bulan ini bulan terakhir pengajian, moga aku terus diberi kekuatan untuk menghabiskan saki baki pengajian yang ada. Di saat akhir pengajian ini, terkenang hari-hari yang berlalu yang membawaku ke hari ini.

Semasa di sekolah menengah, aku cuma seorang pelajar biasa aliran sains teknikal yang ku kira tiada potensi. Namun aku menyimpan sebuah azam untuk jadi seperti Kak To, kakak ku (graduan UM). Aku mahu jadi sepertinya, melanjutkan pengajian ke menara gading. Namun sememangnya aku seorang yang malas belajar menyebabkan aku tidak mendapat keputusan yang baik dalam SPM. Dalam kelas ku cuma ada 2 orang sahaja yang mendapat pangkat 2, yang lain semuanya pangkat satu. Habis belajar aku jadi minah kilang, jika ada kerja lebih masa, aku tak lepaskan peluang untuk menambah duit. Seronok rasanya dapat memegang duit sendiri yang kadang-kala mencapai lebih seribu ringgit (agak banyak bagi anak kg. yang baru berusia 17tahun).

Sepanjang bekerja aku dipanggil temuduga ATMA di JB, selama 2 minggu. Disebabkan aku ada allergic conjunctivities, aku kena reject pada hari ke3 temuduga (antara orang yang terawal gagal temuduga). Kemudian, aku pergi satu lagi temuduga untuk ijazah pendidikan di Ipoh. Aku gagal lagi. Selepas 3 bulan bekerja sebagai minah kilang, aku dapat tawaran buat diploma di KUiTTHO. Dalam kelasku, cuma ada 2 orang yang mendapat SPM pangkat2, yang lain semua pangkat 1. Ini menyebabkan aku rasa rendah diri dan belajar bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan yang agak cemerlang semasa diploma.

Aku pelajar tajaan KPM, selepas tamat diploma perlu melapor diri sebagai pensyarah kolej komuniti. Namun aku tekad untuk sambung ijazah pula. Kerana aku tidak mahu kelak bila aku melapor diri, sukar untuk sambung belajar. Alhamdulillah aku berjaya menjadi graduan ijazah pertama, walaupun beberapa hari sebelum peperiksaan akhir semester pertama aku diarahkan berhenti belajar serta-merta dan melapor diri di kolej komuniti, jika tidak aku akan di saman. Terima kasih kepada ayahanda Rektor KUiTTHO dan ketua jabatan ketika itu serta rakan-rakan yang banyak membantu dan memberi sokongan moral untuk meneruskan pengajian. Aku tanpa dapat menerima biasiswa dan pinjaman (kerana kerenah birokrasi) berjaya akhirnya walaupun tidak secemerlang ketika diploma. Terima kasih juga kepada yayasan felda yang sudi memberi derma siswa walaupun aku bukan anak felda. Terima kasih juga kepada emak, kakak, abang dan adik yang sanggup bekorban kewangan mereka untukku. Payah benar aku rasa menghadapi suka-duka semasa belajar dahulu. Sepanjang di KUiTTHO, kak amy adalah sumber inspirasiku. Aku ingin cemerlang dalam akademik dan persatuan sepertinya. Aku juga bercita-cita mahu jadi seperti Pn Siti Hawa, hehe.

Tamat belajar, aku berusaha mencari kerja. Cita-citaku ingin menjadi seorang jurutera selama 5tahun, kemudian menyumbangkan tenaga dan idea dalam bidang pendidikan. Setelah 6 bulan menganggur, aku tidak kerja lagi. Aku memohon menjadi tutor dan pegawai latihan vokasional di kolej-kolej universiti di malaysia, kecuali KUiTTHO. Sepanjang Ramadahan aku di rumah, membantu emak membuat kerepek bawang dari selepas solat subuh hingga 1ptg/2ptg. Tak percaya rasannya, kami berdua mampu membuat dalam 300kg kerepek bawang dalam tempoh Ramadhan tersebut. Sememangnya kerepek bawang emakku antara kerepek bawang terbaik dan tersedap, eceh;-) Aku tekad, jika aku tak dapat kerja sehingga bulan 12 2006, aku akan meneruskan perniagaan kerepek bawang ini untuk dimajukan. Aku mahu jadi usahawan muda. Aku perlu ada cita-cita lain, selain jurutera mahupun pensyarah.

Alhamdulillah pada bulan 11 aku dipanggil untuk temuduga tutor di KUKTEM dan berjaya dalam temuduga tersebut. Maka cita-citaku untuk jadi usahawan kerepek bawang terbatal, namun aku ingin benar meneruskan usaha emakku itu, mahu sahaja aku bawa mesin-mesin tersebut ke Pahang untuk aku meneruskan perniagaannya, kerana emak sudah tua (tapi masih awek muda).  Tapi, bilalah masa yang ada untuk ku lakukan semua itu??? Aku mula bertugas sebagai warga KUKTEM pada awal bulan 12 selama +-9bulan. Dengan asbab itu, kini aku berada di sini dan bakal kembali menyumbang tenaga pada bulan 9 nanti, insyaALLAH. Kini aku menjadikan kak maziah sebagai sumber inspirasiku, aku tak tahu kenapa, tetapi aku amat tertarik kepadanya.

Aku sudahpun berada di bulan terakhir pengajian, keputusan bagi 3 bulan terakhir ini akan jadi penentu keputusan keseluruhan ku di sini. Moga aku terus di beri kekuatan olehNya. Namun aku amat kaget untuk pulang, memikul beban tanggungjawab sebagai seorang pendidik, kurasakan ilmuku masih belum cukup untuk menggalas tugas berat mendidik anak bangsa. Dulu dan kini aku sebagai seorang pelajar, dan nanti aku bakal bergelar pengajar kepada anak bangsa yang bakal menjadi penyumbang kepada pembangunan negara. Sungguh berat kurasakan beban ini….

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s