Nurul.W

Just another WordPress.com weblog

Corak Jari Anda August 13, 2008

Filed under: General,Sains — nwarshad @ 7:42 am

Tahukah anda bahawa cap jari manusia mempunyai bermacam-macam jenis corak. Walaupun terdapat berbilion manusia di bumi, tetapi cuma terdapat 6 sahaja corak/kelas cap jari. Namun ada sesetengah kajian menyatakan terdapat 5 kelas cap jari. Cuba banyangkan bagaimana untuk membezakan berbilion manusia melalui 6 kelas cap jari ini, SUBHANALLAH… betapa besarnya ciptaan ALLAH s.w.t, walaupun hanya terdapat 6 kelas cap jari, tetapi ia merupakan simbol pengesahan identiti seseorang individu. Cap jari adalah unik, walaupun anda adalah kembar seiras. Enam kelas cap cari tersbut adalah:

6 kelas cap jari

5 kelas cap jari

Bentuk cap jari juga tidak berubah semenjak seseorang itu dilahirkan. Kajian juga telah dijalan untuk membuktikan perkara ini. Seperti gambar di bawah, cap jari individu ini diambil pada tahun 1987 dan pada tahun 2000, cap jari yang sama diambil semula. Ianya tidak berubah walaupun setelah berpuluh tahun..sungguh menakjubkan, ALLAHUAKBAR! Begitu juga kajian yang mengambil cap jari bayi yang baru lahir, dan mengambil semula cap jari bayi itu setelah dewasa. Coraknya masih kekal, cuma mengalami pembesaran sesuai dengan pembesaran bayi tersebut.

Sir Edward Henry merupakan orang terawal menggunakan cap jari sebagai bukti pengenalan individu pada tahun 1897. Beliau merupakan pegawai di India ketika itu. Henry menguruskan proses pembayaran gaji pekerja dan mendapati ramai pekerja yang datang menuntut gaji lebih dari sekali. Juga terjadi apabila pekerja telah mati, keluarga si mati pula yang datang menuntut gaji setiap bulan tanpa memaklumkan tentang kematian tersebut. Henry mendapati sistem tandatangan yang digunakan tidak efektif dalam menyelesaikan masalah ini. Maka satu system klasifikasi cap jari diwujudkan oleh Henry, ‘The Henry Classification System’.

Semenjak itu, penggunaan cap cari semakin berkembang hingga ke hari ini. Selain cap jari, bayak lagi sistem biometrik yang diwujudkan untuk mengenalpasti seseorang individu iaitu menggunakan bentuk muka, iris dan sebagainya. Jika dilihat, ini baru sedikit dari keajaiban pada diri seseorang manusia yang dijadikan oleh ALLAH SWT.

Saya sering terfikir mampukah saya menyampaikan segala ilmu yang diperolehi sekaligus mengaitkannya dengan Islam dan juga kebesaran ALLAH Maha Pencipta. Terkadang saya berfikir, bagaimana mahu menyampaikan mesej Islam ini dalam kelas Pemprosesan Isyarat Digital, kelas Teori Litar, kelas Fizik, kelas Komunikasi dan apa-apa subjek yang bakal saya ajari nanti. Kagum bila seorang sahabiah menceritakan pengalamannya dengan seorang pensyarah yang sering mengaitkan ilmu kejuruteraan yang diajarkannya dengan mesej-mesej Islam. Saya semakin kaget untuk masuk bekerja kembali!!!

Rujukan: An Overview of the Science of Fingerprints


 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s