Nurul.W

Just another WordPress.com weblog

Beg Hijau June 16, 2009

Filed under: General — nwarshad @ 5:27 am

Assalamualaikum

Antara aktiviti yang sangat digemari diwaktu pagi adalah menonton TV kerana waktu itu kebanyakan stesyen TV menyiarkan berita dan banyak perbincangan mengenai hal semasa. Minggu lepas antara isu yang dibincangkan di TV3 dalam rancangan MHI adalah mengenai beg hijau. Apa itu beg hijau? Adakah ia beg yang bewarna hijau? Tidak, beg hijau adalah beg yang boleh dikitar semula berulang kali dan ia mudah lupus apabila dibuang. Tidak seperti beg plastik yg ada hari ini memakan masa beribu mungkin beratus tahun untuk lupus. Bayangkan jika sekarang kita membuang beg plastik tersebut, 100 tahun akan datang cucu cicit kita masih boleh lihat lagi beg plastik yang dibuang tersebut.

Ketika perbincangan banyak pemanggil yang memberi pendapat masing-masing dan tak kurang juga ada yang tidak tahu mengenai beg hijau. Pengalaman saya belajar di luar negara banyak memberi pengetahuan dan kesedaran mengenai pentingnya beg hijau ini. Di sini suka saya untuk berkongsi sedikit pengalaman saya di sana mengenai perkara ini.

Beg-beg hijau memang banyak di jual di sana, tidak kira di super market, hyper market mahupun mini market. Ini memudahkan pengguna untuk membeli beg tersebut. Sama juga di Malaysia, kini saya lihat sudah banyak beg2 hijau di jual dikaunter pembayaran. Gunakanlah beg ini setiap kali anda pergi membeli belah. Tidak kira apa jua jenis kedai yg anda pergi. Apa yang menyebabkan kita suka menggunakan beg plastik ialah untuk mengasingkan barang2 kita. Contohnya bila membeli ikan kita tidak mahu barang2 yang lain terkena air dan bau ikan tersebut. Begitu juga jika membeli barang2 basah yang lain. Di UK, ikan-ikan yang dijual tidak diletakkan didalam beg plastik seperti di sini. Kebanyakannya ikan di sana telah dibuang isi perutnya terlebih dahulu. Jika pembeli membeli ikan, mereka akan meletakkan ikan itu di dalam kertas yang didalamnya mengandungi lapisan timah supaya kertas tersebut tidak basah. Kemudian ianya di’seal’ dengan kemas. Jadi tiada lagi bau dan air ikan yg akan keluar. Kita juga selesa untuk mencampurkannya dengan barang2 lain yang dibeli. Jadi bagi pendapat saya untuk menggalakkan penggunaan beg hijau semata2 tanpa tindakan dan kerjasama dari para peniaga atau pihak lain, ianya mungkin kurang berkesan.

Selain itu, terdapat satu kedai/mini market di sana yang tidak memberi beg plastik kepada pelanggan mereka. Jika mahukan beg plastik, pelanggan perlu membayar 3 pence untuk plastik yang kecil dan 5 pence untuk beg yang besar, jika tak silap saya. Dengan itu, ia memaksa pelanggan untuk membawa plastik sendiri dari rumah atau menggunakan beg hijau. Bukankah ia satu langkah yg baik juga jika di amalkan di sini. Teringat dulu, saya dan housemate membawa luggage bersaiz sederhana setiap kali ke sana, supaya senang tak perlu memikul beg2 yang berat…tarik sajaha. Jika di Malaysia, mungkin kita malu untuk berbuat sedemikian.

Selain itu, saya melihat banyak pasar raya di Malaysia tidak membenarkan membawa masuk beg ke dalamnya. Kawalan sikit punye ketat, ada guard menjaga pintu masuk dan keluar walaupun telah ada mesin pengimbas di pintu-pintu tersebut. Pelik jugak…ke sebenarnya mesin tersebut tidak berfungsi??! Kemudian, beg plastik yang telah diisi, diikat dan di’seal’ menggunakan ‘tape’ ataupun ‘cable tie’…punyelah takutnya ada pencuri. Ataupun orang di Malaysia suka mencuri? Saya rasa tidak. Hal ini saya kira tidak menggalakkan peggunaan beg hijau. Tapi saya pernah cuba di Pasaraya Terus Maju, pengawal keselamatannya membenarkan kami untuk membawa masuk beg hijau tanpa rasa ragu.

Penggunaan beg hijau adalah sangat penting supaya bumi yang tercinta ini dapat terus dikekalkan kepada anak cucu kita nanti. Walaupun ia kurang popular di Malaysia, saya menyeru semua yang membaca entry ini untuk sama-sama kita berubah dan berazam untuk menggunakan beg hijau ini. Kerana mencintai bumi juga adalah satu perkara yang sangat dituntut oleh Islam. InsyaALLAh walaupun usaha kita kecil, namun ia tetap akan di kira sebagai ibadah jika kita melakukannya hanya kerana ALLAH.

Selain penggunaan beg hijau, banyak lagi cara yang boleh kita lakukan untuk menjaga bumi kita. Bagi ibu bapa, didiklah anak-anak dari kecil lagi supaya membuang sampah di dalam tong sampah. Saya cukup terkesan apabila mendengar kisah hidup kawan saya. Ayahnya meletakkan banyak tong sampah di rumahnya, hampir di setiap ruang, hanya semata-mata untuk mendidik anak-anaknya supaya tidak membuang sampah merata-rata. Bak kata orang, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Saya juga berazam untuk mendidik anak saya seperti itu, kerana saya cukup rasa kecewa kepada mereka yang membuang sampah merata-rata, tidak kira yang kecil, muda mahupun tua.

Demi menjaga bumi yang diamanahkan oleh ALLAH SWT ini, marilah sama-sama kita berusaha dan bertindak untuk memlihara bumi dengan apa jua cara sekalipun…

 

One Response to “Beg Hijau”

  1. […] Sebelum ini telah banyak kempen penggunaan beg hijau di adakan seperti dalam entry saya yang lepas (Beg Hijau), namun kempen ini lebih memberi kesan kerana mahu atau tidak pengguna terpaksa terlibat dengan […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s