Nurul.W

Just another WordPress.com weblog

Alhamdulillah atas kelahiran dua puteri hati ummi & abi May 3, 2010

Filed under: General — nwarshad @ 4:16 am

Assalamualaikum w.b.t

Lama benar tak menulis di sini…kini aku baru kembali bertugas selama 2 minggu setelah selamat melahirkan 2 puteri hatiku & suami ~ Wan Afnan & Wan Aufa. Tapi aku dan suami lebih gemar memanggil anak2 dengan nama Afnan Humaira’ & Aufa Solehah, moga mereka menjadi anak-anak yang soleh dan menjadi pembela kepada kami di hari muka.

Ujian yang kuhadapi dari saat mengandung benar2 menguji tahap keimananku. Terkadang rasa tersungkur atas segala ujian tersebut. Konsep sabar yang sebenar gagal untuk ku ikuti. Namun kehadiran insan disekeliling yang amat menyayangiku terus memberi aku semangat untuk hidup sbg org yg beriman. Ya ALLAH tetapkanlah imanku, janganlah Engkau mengujiku atas apa yg tidak aku mampu.

Aku melahirkan Afnan & Aufa melalui c-section yang telah kami rancang bersama doktor pakar Hospital Teluk Intan pada 8/2/10 (minggu 38). Ini berikutan keadaan aku yg semakin sarat untuk membawa kandungan dan posisi anak2 ku yg dalam keadaan melintang. Pada mulanya aku tak kisah untuk bersalin dengan kaedah tersebut kerana aku tak perlu untuk merasai sakitnya bersalin normal, namun setelah melakukan beberapa pembacaan yg berkaitan, banyak risiko yg bakal ditanggung oleh mereka yg bersalin dgn kaedah ini, antaranya:

– kehilangan darah yg lebih banyak (2 kali ganda daripada bersalin normal)

-organ dalaman terdedah kepada jangkitan kuman

-kemungkinan pundi kenci akan terkena pisau ketika menoreh kawasan pembedahan

Ketika pembedahan aku kehilangan banyak darah (1400ml) dan 1pain darah dimasukkan bagi menggantikan darah yg hilang tadi. Tempoh pembedahanku sangat lama hingga mengjangkau 3 jam berbanding kedaan biasa hanya selama 40minit. Seminggu selepas aku bersalin, aku menghadapi komplikasi dari pembedahan terdahulu di masa usus tersembut dan perlu menjalani pembedahan kedua secepat mungkin. Aku sgt tertekan ketika itu dan semasa aku sakit akibat komplikasi tersebut aku hampir gagal mengawal kewarasan berfikir..alhamdulillah ALLAh masih sayang padaku. Aku kini semakin sihat.

Rasa sayang dan kasih kepada suami dan anak2 semakin bertambah. Melihat wajah, keletah dan senyuman anak2 membuat aku terus tabah walaupun sangat penat menguruskan keluarga yg semakin besar. Setiap pagi apabila bangun tidur, badanku terasa sakit2. Aku terfikir mungkin beginilah pengorbanan emakku ketika membesarkan kami adik beradik…

Hari ini dan esok suamiku bekerja di luar kawasan, aku sendirian menguruskan si kembar comel kami. Abi berpesan pada anak2 kami “anak-anak abi jangan nakal2 ye, kesian ummi sorang2 kat rumah, abi kena out-station…”, walaupun kami tahu, si kecil itu belum mengerti apa yg dikatakan. Suamiku juga sempat menitip sms kepadaku sebagai penguat semangatku:

Ya ALLAh berikanlah kekuatan & kesabaran kepada isteriku dalam mendidik anak2 kami. Ya ALLAH jadikanlah kami ibubapa yang taat kepadaMu. Ya ALLAh jadikanlah anak2 kami penyebab rahmat & redhaMu. Ya ALLAH hanya kepadaMu kami bermohon & berharap.”

Ameen…moga ALLAH terus memberi kekuatan & kesabaran kepada kami dan ibubapa di luar sana dlam mendidik anak2 kita. Kehadiran kalian amat bermakna dalam hidup abi & ummi…Ummi sayang Afnan & AUfa😉

 

2 Responses to “Alhamdulillah atas kelahiran dua puteri hati ummi & abi”

  1. ainiarshad Says:

    eeeee…kelakanye mst y gelak tu afnan


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s