Nurul.W

Just another WordPress.com weblog

Afnan & Aufa, syukur ALHAMDULILLAH June 2, 2010

Filed under: Uncategorized — nwarshad @ 8:33 am

Assalamualaikum

Sedang saya melayari blog-blog di internet tadi, saya termasuk satu blog ni. Kemudian ada satu taq/link yg menrik perhatian saya untuk membacanya ~ Alesha Abriza in memories (15 Dis 2005 – 13 Mei 2006). Mula sekadar ingin tahu ape yang berlaku. Tapi bila dah membaca kisah baby Alesha ni, sangatlah sedihnya hati ini…hingga tak mampu nak menahan air mata yg berjujuran. Dari satu kisah ke satu kisah adik Alesha kubaca, hinggalah habis…sebak dan sangat pilu pabila menatap gambar-gambarnya yang penuh dengan tiup. Teringat pula keadaan diriku yang seperti itu semasa seminggu selepas melahirkan Afnan & Aufa. Semenjak menjadi ummi ni aku memang sensitif skit dengan kisah anak-anak ni. Mudah sangat tersentuh dan rasa ianya sangat dekat dengan diri ini. Moga roh arwah Alesha Abriza ditempatkan dikalangan orang soleh, tapi anak kecil seperti ini tiada dosa lagi, masuk syurga InsyaALLAH.

Aku sangat rasa bersyukur kepada Mu ALLAH kerana dikurniakan anak-anak perempuan yang sihat dan sempurna. Apabila kita melihat keadaan orang lain yang kurang bernasib baik dari kita, kita akan terasa sangat bersyukur…memang perasaan itu yang patut wujud dalam diri setiap insan.

Afnan & Aufa dah berusia 3bulan 22 hari. Mereka dah pandai meniarap sendiri…TAHNIAH anak-anak ummi!!! Ummi sayanggggggggggggg Afnan, Ummi sayanggggggggggggg Aufa. Afnan dah boleh meniarap pada usia 3bulan 8 hari (Uwo mereka yg kira ni ;-)). Aufa pula baru je pandai meniarap mase kenduri kat rumah Uwo Sabtu lepas (3bulan 18hari). Walaupun Afnan yang mula-mula meniarap dulu, tapi dia agak jarang meniarap. Tapi selepas Aufa juga dah pandai meniarap agaknya Afnan rasa tercabar, maka Afnan pun asyik meniarap je macam Aufa. Heheh sangatlah cumel anak-anak ummi ni. Tak boleh nak upload gambar sebab memory card rosak.

Ummi sentiasa berharap agar anak-anak Ummi sentiasa sihat fizikal, mental & jiwanya. Ummi bimbang jika ALLAH menguji ummi seperti adik Alesha ummi tak mampu menghadapinya. Namun sesungguhnya ALLAH tidak menguji seseorang itu melainkan atas kemampuan dirinya sendiri. Dulu aku fikir aku tak mampu untuk menjaga anak-anak kembar ku itu tanpa bantuan ibuku, namun kita ALLAH beriku dan suami kekuatan untuk terus tabah dan sabar dalam memikul amanah ini. Doa Nabi Ibrahim:

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s