Nurul.W

Just another WordPress.com weblog

Freedom Flotilla Vs. World Cup! June 11, 2010

Filed under: Uncategorized — nwarshad @ 7:33 am

Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan penahanan tentera Israel terhadap kapal-kapal  laut Freedom Flotilla dalam misi bantuan kemanusian ke Palestin. Betapa biadap dan zalimnya tindakan mereka terhadap para sukarelawan yang menyertai misi tersebut. Sebaik mengetahui berita ini perahan marah membuak2 dalam diri…terasa ingin kutumbuk-tumbuk para tentera tersebut bila mlihat video di dalam yuotube. Dan sangat gerammmmmmmmm bila banyak la pulak video propaganda yahudi ni yang menyatakan mereka yang diserang oleh para sukarelawan..idak ke ngok namanya tu…geram, geram dan geram. Hanya doa kupanjatkan dari sini, moga ALLAh sentaiasa memberi kekuatan kepada ku dan semua umat Islam yang lain untuk sentiasa menyayangi saudara seIslamnya walaupun di mana mereka berada.

Setelah para sukarelawan dari Malaysia selamat sampai ke tanah air…banyak stesen tv menjemput mereka untuk bual bicara  dan banyak berita yang menyiarkan tentang mereka. Walaupun begitu, aku tak jemu-jemu untuk melihat rancangan-rancangan tersebut, dan aku bertanya pada diriku sendiri bagaiman perasaanku jika yang pergi itu adalah suamiku…adakah aku setabah isteri-isteri sukarelawan yang lain yang mengizinkan suami mereka menyertai misi tersebut dan sekuat isteri para pejuang Islam yang lain…aku berharap suatu hari nanti aku mampu menjadi seperti itu. Aku perlu sedar semua yang ada disekeliling, suami, anak-anak harta benda dan segalanya adalah milik ALLAh Tuhan sekalian alam. Inilah yang dikatakan oleh isteri ketua sukarelawan dari Malaysia, saya kuat kerana suami itu milak ALLAH, redha jika apapun terjadi terhadap suaminya. Moga antum terus diberi kekuatan untuk berjuang di atas jalanNya.

Berbalik kepada tajuk entry kali ini, bahang world cup kian terasa. Malam ni rasanya dia punye opening ceremony, hehe ini pon tau sebab dengar kawan sembang tadi. Sedar tak sedar selepas ini tumpuan dunia akan beralih kepada event besar ini. Apa jadi pada Mavi Marmara, apa jadi pada Rachel Corry, apa jadi pada PALESTIN, apa jadi pada GAZA dan apa jadi pada umat ISLAM! Aku rasa mungkin ramai akan terlupa mengenai sejarah di atas kapal Mavi Marmara tersebut. Dan tiada doa qunut nazilah lagi, walaupun aku juga tidak membuatnya…hanya berdoa selepas solat sahaja. Sebab semuanya engang enak melayan aksi-aksi pemain bola sepak dunia…alahai layunya jiwa kita, mungkin sebab Melayu mudah lupa. Eh, tapi ini soal orang ISLAM, bukan..ia telah sampai tahap krisis kemanuasian yang amat dahsyat…hingga segala ruang bantuan disekat.

Ayuh kawan, ayuh sahabat ayuh semua, jangan kita lalai dengan musim piala dunia ini. Kasihan saudara kita, bukan sahaja di Palsetin, malah di Afgan, di Checnya dan banyak lagi tempat umat Islam sedang menagharapkan bantuan saudaranya. Jika tidak mahu boikot semuanya barang-barang seteru yahudi laknatullah ini, boikatlah sedikit, jika tidak mahu boikot langsung doakanlah mereka…kasihan mereka yang sedang mengaharapkan bantuan saudaranya di seluruh dunia, atau mungkin mereka telah hilanag harap terhadap kita seua, lantas berjuang sendirian menggunakan batu dan bom buatan sendiri. TAKBIR, ALLAHU AKBAR!!!

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s