Nurul.W

Just another WordPress.com weblog

Raising Twin! June 14, 2010

Filed under: anak,twin — nwarshad @ 6:31 am

Assalamualaikum😉

“Macam mana nak bezakan mereka?” itu soalan lazim yang aku dan suami terima berkenaan anak kembar kami. Bagaimana ye? Hmmm…hanya jauhari yang meneganl manikam, jadi sudah pasti ummi dan abi kenal anak-anak mereka. Ya, Afnan bentuk kepalanya panjang (bujur), tapi dah tak nampak sebab Afnan dah tembom macam kuih bom…hehe.  Aufa pula bentuk kepalanya bulat dan lebih manis. Afnan agak serius tapi sangat suka membaca buku macam abi… Selain itu, Afnan ada 2 tanda dibelakang kepalanya dan Aufa ada 1 sahaja tanda dibelakang kepala, tapi tanda-tanda tersebut semakin pudar.

We are same but different...2 or 3 weeks ++

Menjadi seorang ibu amat seronok walaupun penat menjaga anak-anak. Walaupun penat, tapi pabila si kembar senyum dan beraksi, hehe cair lentok ummi dibuatnya. Hilang penat dan rasa terus diberi kekuatan untuk terus menjadi seorang ibu. Hehe rase macam nak anak lagi!

Saya nak share skit bagaimana kami menguruskan mereka pada entry kali ini. Selalunya pada waktu siang kami akan tidorkan mereka pada tempat yang berlainan, sorang dalm bilik dan sorang lagi di ruang tamu. Supaya bila salah seorang bangun dan menangis, dia tak mengejutkan kembarnya yang sorang lagi. Strategi ni Uwo punye idea mase dalam pantang dulu. So boleh la mereka tido lama, walaupun sebenarnye anak-anakku itu taklah tido lame sangat..paling lama pon 2 jam je. Kalu bath time tu..mereka sangatlah suka main air hingga abi kelenguhan dan kebasahan melayan mereka masa mandi, sebab selalunya abi yang mandikan anak-anak. Pernah kitorang try mandikan dua orang sekaligus, saya mandikan sorang dan suami mandikan lagi sorang dalam bath tab baby yang sama. Hehe tapi tak muatlah sebab dua-dua nak tunjuk eksen masing-masing macam nak berenang. So kena mandikan sorang-sorang.

Dari segi pemakaian baju pula, tak semua baju yang dibeli sama warna. Ada yang berlainan warna tapi coraknya sama. Ada juga yang tak sama warna dan tak sama corak pon..Cuma temanya sama. “Kenapa tak belikan baju yang sama?” ada sesetengah pekedai yang tanya masa kitorang beli baju. Baju yang sama supaya mereka tau yang mereka itu kembar dan sayang pada saudara kembarnya. Baju yang berbeza itu bagi membentuk individualiti dalam diri anak-anak supaya mereka tahu mereka bukanlah dua individu yang sama. Tapi dua individu yang berbeza yang mempunyai keunikan dan kelebihan masing-masing. Nanti saya akan cuba kongsikan tentang membentuk individuality anak kembar pada entry yang akan datang.

Dan akhirnya, pada waktu malam barulah mereka tido bersama sebab selalunya waktu malam mereka tak meragam. Tetapi Aufa semakin aktif di waktu malam, selalu berganjak jauh dari posisi asal🙂. Apepon saya seronok menjadi ummi!

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s