Nurul.W

Just another WordPress.com weblog

Mendorong Individuality Dalam Kanak-kanak Kembar ~part I~ June 30, 2010

Filed under: anak,General,twin — nwarshad @ 4:10 am

Assalamualaikum🙂

Bagaimanakah watak persendirian anak kembar boleh didorong, dan apa yang ibu bapa boleh lakukan untuk membantu membinanya? 10 cara mendorong individuality dalam kanak-kanak kembar akan saya kongsikan.Ini bagi membantu ibu bapa melayan anak kembar seperti individu dan membantu orang lain mengelak melihat mereka sebagai satu pakej.  Bagi entry kali ini saya akan kongsikan 5 cara terlebih dahulu.

1

Merujuk kepada setiap anak dengan satu nama.

Elakkan label seperti “si kembar”. Gunakan nama yang diberi pada setiap anak, contohnya Afnan dan Aufa. Gunakan nama-nama yang bervariasai untuk mengelakkan gabungan dua nama. Dorong individuality dengan menggunakan nama masing-masing.

2

Elakkan label.

Baris ulangan merujuk kepada dua orang kembar anda sebagai “pintar satu”, “artistic satu”, “saintis” dan lain-lain. Label tersebut membataskan potensi kembar anda.

3

Gunakan pengidentifikasi untuk membantu orang lain mengetahui siapa.

Berikan setiap anak objek yang dikenalpsti seperti warna tali kasut berbeza di mana ia boleh menjadi cara mudah bagi mengajar orang lain tentang cara untuk memberitahu tentang anak kembar ana. Ketahui bahawa hairband Afnan bewarna kuning dan Aufa bewarna merah jambu, contohnya, akan membantu mencegah orang daripada membuat perbandingan sendiri berdasarkan penampilan seperti, “Dia yang lebih manis” atau “Dia yang lebih berat”.Contoh pengidentifikasi lain termasuklah warna pelapik dada yang berbeza, warna stoking yang berbeza, potongan atau gaya rambut yang berbeza seperti seorang diikat dan seorang lagi memakai clip rambut. Ini dapat membantu membezakan antara anak kembar.

4

Pemakaian sama bukannya serupa.

Membeli pakaian yang sama dalam dua warna yang berbeza dapat membantu anak kembar sedar akan individuality masing-masing. Anak kembar akan merasakan diri mereka unik dan mempunyai perbezaan yang tersendiri. Ia juga boleh menanam sikap saling berkongsi, jika mereka ingin memakai baju milik pasangan kembar mereka, dengan syarat minta izin dahulu kepada pasangan kembar.

5

Bersendirian dengan setiap kembar.

Kesempatan untuk bersendirian dengan setiap kembar secara berasingan boleh memperkayakan seluruh keluarga. Seorang anak dapat menikmati perjalanan ke taman atau bermain dengan hanya ibu atau bapa. Sementara seorang kembar akan menerima perhatian penuh, mungkin ikatan dengan ahli keluarga lain atau teman-teman.

Ini dahulu saya kongsikan 5 cara mendorong individuality dalam kanak-kanak kembar. Saya sendiri secara peribadi tidak mahu anak-anak kembar saya menjadi salinan karbon kepada antara satu sama lain. Saya mahu mereka sedar bahawa setiap mereka adalah unik dan tidak sama antara satu sama lain seperti mana uniknya cap jari mereka…. InsyaALLAh pada entry akan dating 5 cara lagi akan menyusul.

Sumber: Majalah Mami & Baby Februari 2010.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s