Nurul.W

Just another WordPress.com weblog

Saya sokong KEMPEN HARI TANPA BEG PLASTIK December 14, 2010

Filed under: cintai alam,General,Islam — nwarshad @ 6:06 am

Assalamualaikum 🙂

Saya fikir ramai yang sudah maklum mengenai kempen hari tanpa beg plastik yang diadakan pada hari Sabtu di kebanyakan negeri di Malaysia. Negeri pahang contohnya telah memulakan kempen tersebut pada 23/07/10 yang lalu. Namun ianya telah mula diadakan di Malaysia sejak tahun 2009 lagi.

Ketika pertama kali melihat banner kempen tersebut hati saya berbunga-bunga dan kegembiraan melihat sudah ada pihak yang terbuka mata untuk menjayakan kempen seumpama ini. Sebelum ini telah banyak kempen penggunaan beg hijau di adakan seperti dalam entry saya yang lepas (Beg Hijau), namun kempen ini lebih memberi kesan kerana mahu atau tidak pengguna terpaksa terlibat dengan kempen ini jika membeli barang pada hari Sabtu. Ya, buat setakat ini ia hanya diadakan pada hari Sabtu di negeri Pahang. Satu permulaan yang sangat baik. Kerana bagi saya proses mendidik masyarakat ini yang lebih penting. Mungkin ia memakan masa agak lama untuk melahirkan masyarakat yang benar-benar faham akan kepentingan perkara ini. Contohnya ada sebuat negara (tak ingat negara ape) yang mengambil masa 25 tahun untuk mendidik masyarakatnya supaya tidak membuang sampah merata-rata.

Jika ingin mendapatkan beg plastik pada hari Sabtu, pengguna perlu membayar RM0.20 bagi setiap satu beg plastik. Murahnya! berkesan ke kempen dengan harga semurah itu. Seperti yang saya cakap tadi proses mendidik itu sangat penting dan mungkin kita berfikir kayalah tokeh kedai tu dengan jual beg plastik je… Tapi pada pendapat saya buat permulaan harga ini memadai. Namun pada masa akan datang ia mungkin boleh dinaikkan lagi apabila sudah terbit kesedaran pada sebahagian masyarakat. Bagi yang bujang atau bekeluarga kecil mungkin ia tak memberi kesan, namun bagi yang berkeluarga besar ia sangat memberi kesan kerana sekali shopping bukan satu dua beg plastik yang diperlukan, lebih daripada itu kerana selalunya kita akan shopping stok untuk seminggu ataupun untuk sebualan.

Selain daripada itu, jika tak mahu membayar untuk beg plastik, letak sahaja barang-barang dalam trolley tu, bila sampai kat kereta susun je dalam bonet, ataupun bawa beg plastik sendiri/beg hijau dari rumah. Saya pon kadang2 terlupa juga nak bawa beg plastik bila shopping hari sabtu ni. So sumbat je semua kat stroller anak, nasib baik beli stroller yang ade tempat barang yang besar.

Sebagai pengguna bijak saya menyeru semua rakyat Malaysia di luar sana untuk menyokong kempen ini walau sesikit mana pun barang yang dibeli. Inilah masanya untuk kita memberi sumbangan terhadap alam sekitar, kerana ianya salah satu amanah kita dan jangan biar anak cucu kita mewarisi dunia yang tercemar dek sikap malas dan tidak endah kita. Go GREEN!

Advertisements
 

Ulang Tahun Perkahwinan ke-3 September 2, 2010

Filed under: General — nwarshad @ 9:09 am

Assalamualaikum 🙂

Alhamdulillah pada 1/09/10 bersamaan 22 Ramadhan yang lalu genap 3 tahun usia perkahwinan aku dan suami. Dengan adanya permata ayahbonda , afnan dan aufa makin menceriakan lagi keluarga kami. Juga makin menguji kesabaran kami dalam mendidik anak-anak. Moga ikatan kasih-sayang yang terbina ini akan terus berkekalan bukan hanya di sini, bahkan terus hingga ke syurga. Terima kasih atas segala kasih sayang, perhatian, kesabaran dan juga pengor banan yang diberikan ABANG. Moga ALLAH sentiasa merahmati kita. Bersama membina baitul dakwah…

 

HARAPAN RAMADHAN August 11, 2010

Filed under: Doa,General,Islam — nwarshad @ 2:07 am

Harapan Ramadhan (Raihan & Man Bai)

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua

 

Mendorong Individuality Dalam Kanak-kanak Kembar ~part I~ June 30, 2010

Filed under: anak,General,twin — nwarshad @ 4:10 am

Assalamualaikum 🙂

Bagaimanakah watak persendirian anak kembar boleh didorong, dan apa yang ibu bapa boleh lakukan untuk membantu membinanya? 10 cara mendorong individuality dalam kanak-kanak kembar akan saya kongsikan.Ini bagi membantu ibu bapa melayan anak kembar seperti individu dan membantu orang lain mengelak melihat mereka sebagai satu pakej.  Bagi entry kali ini saya akan kongsikan 5 cara terlebih dahulu.

(more…)

 

” SENTIASA BERSYUKUR, TIDAK CEREWET atau MERUNGUT “ May 24, 2010

Filed under: General — nwarshad @ 3:09 am

Satu hari saya bertemu dengan seorang sahabat saya yang bernama Wardah.

Dalam pertemuan itu, dia bertanya kepada saya, “Ain, apa tandanya isteri solehah?” Saya menjawab, “Wardah, kau tentunya lebih ‘arif daripadaku
untuk menjawabnya…” Sebenarnya saya tahu tujuan pertanyaan Wardah bukanlah untuk menduga jawapan saya, sebaliknya untuk saling memperingatkan diri agar berhati-hati dan teliti dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini.


Saya ingin menyingkap kembali sejarah Nabi Ibrahim sewaktu baginda menziarahi menantunya. Pada waktu itu, puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah sedangkan isterinya belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim. Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.

(more…)

 

Pabila mereka sedang tidur… May 11, 2010

Filed under: General — nwarshad @ 4:09 am

Assalamualaikum. Sempat jugak ummi merakam gambar anak-anak ummi & abi yang sedang tidur ni…

” tidurlah anak-anakku, moga kelak bila dewasa menjadi orang berguna dan insan solehah”

Pabila mereka tidur....zzz...

 

Alhamdulillah atas kelahiran dua puteri hati ummi & abi May 3, 2010

Filed under: General — nwarshad @ 4:16 am

Assalamualaikum w.b.t

Lama benar tak menulis di sini…kini aku baru kembali bertugas selama 2 minggu setelah selamat melahirkan 2 puteri hatiku & suami ~ Wan Afnan & Wan Aufa. Tapi aku dan suami lebih gemar memanggil anak2 dengan nama Afnan Humaira’ & Aufa Solehah, moga mereka menjadi anak-anak yang soleh dan menjadi pembela kepada kami di hari muka.

(more…)