Nurul.W

Just another WordPress.com weblog

DUDUK & MAKAN August 12, 2010

Filed under: anak,twin — nwarshad @ 3:33 am

Assalamualaikum 🙂

GAmbar-gambar Wan Afnan di hari pertama makan solid food dan gambar-gambar Aufa beraksi.

Sekian 🙂

Advertisements
 

Afnan Sakinah vs. Aufa Solehah August 10, 2010

Filed under: anak,twin — nwarshad @ 6:55 am

Assalamualaikum 🙂

Alamak, terbalik tu. Yang kanan adalah Aufa, yang kiri adalah Afnan 🙂

 

6 Bulan

Filed under: anak,twin — nwarshad @ 6:43 am

Assalamualaikum

Alhamdulillah…anak-anak dah berumur 6 bulan. Mereka sudah pandai merangkak dan semakin bijak. Selain itu, sudah mula memakan makanan pepejal dan sedang berlatih untuk duduk dan memanjat. Semoga Ramadhan yang bakal tiba menjadikan aku & suami lebih tabah dan sabar dalam mendidik anak-anak kami.

 

Mendorong Individuality Dalam Kanak-kanak Kembar ~part I~ June 30, 2010

Filed under: anak,General,twin — nwarshad @ 4:10 am

Assalamualaikum 🙂

Bagaimanakah watak persendirian anak kembar boleh didorong, dan apa yang ibu bapa boleh lakukan untuk membantu membinanya? 10 cara mendorong individuality dalam kanak-kanak kembar akan saya kongsikan.Ini bagi membantu ibu bapa melayan anak kembar seperti individu dan membantu orang lain mengelak melihat mereka sebagai satu pakej.  Bagi entry kali ini saya akan kongsikan 5 cara terlebih dahulu.

(more…)

 

Raising Twin! June 14, 2010

Filed under: anak,twin — nwarshad @ 6:31 am

Assalamualaikum 😉

“Macam mana nak bezakan mereka?” itu soalan lazim yang aku dan suami terima berkenaan anak kembar kami. Bagaimana ye? Hmmm…hanya jauhari yang meneganl manikam, jadi sudah pasti ummi dan abi kenal anak-anak mereka. Ya, Afnan bentuk kepalanya panjang (bujur), tapi dah tak nampak sebab Afnan dah tembom macam kuih bom…hehe.  Aufa pula bentuk kepalanya bulat dan lebih manis. Afnan agak serius tapi sangat suka membaca buku macam abi… Selain itu, Afnan ada 2 tanda dibelakang kepalanya dan Aufa ada 1 sahaja tanda dibelakang kepala, tapi tanda-tanda tersebut semakin pudar.

We are same but different...2 or 3 weeks ++

Menjadi seorang ibu amat seronok walaupun penat menjaga anak-anak. Walaupun penat, tapi pabila si kembar senyum dan beraksi, hehe cair lentok ummi dibuatnya. Hilang penat dan rasa terus diberi kekuatan untuk terus menjadi seorang ibu. Hehe rase macam nak anak lagi!

Saya nak share skit bagaimana kami menguruskan mereka pada entry kali ini. (more…)